|
Program
ANTARA RANCANGAN YANG MENEMANI CORONG RADIO ANDA…
a) YEH YAH @ Asyik
- Menghangatkan pagi! mengejutkan pagi anda.... dengan
hiburan dan maklumat terkini setiap Isnin hingga Jumaat dari
pukul 8.00 - 11.00 pagi
- Carta Nasyid setiap hari Jumaat 10.00 hingga
11.00 pagi ( Rancangan Terbitan JAKIM )
- Fitrah mengetahui isu-isu semasa berkaitan Agama,setiap
hari Jumaat 12.30 -1.00 t/hari
b) KECUN KECAN
- Salam Asyik.. Sampaikan ucapan salam anda melalui sms dan
telefon setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 t/hari
- Santai @ Asyik.. lagu-lagu hiburan santai peneman anda di
waktu tenang, dari pukul 1.10 t/hari hingga 2.00 petang
setiap hari..
- D’Warung Asyik.. istimewa setiap Sabtu, singgahlah di
warung kami untuk berhibur dan sertai kami dengan pelbagai
topik yang menarik dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 t/hari.
- Moh Karaoke.. asah bakat anda..berhibur di hujung minggu
bersama kami setiap hari Ahad 11.00 pagi hingga 1.00 t/hari.
c) RENYAH
- Sketsa.. menemani setiap petang Isnin hingga Jumaat dengan
kisah-kisah semasa dari pukul 3.15 hingga 3.20 petang
- Rentak Genen..Anda gemarkan kelainan?dengarlah lagu-lagu
Moden masyarakat Orang Asli setiap hari dari pukul 2.00
hingga 5.00 petang
- Mari Berpantun..menjual pantun,membalas pantun dan
mengasah bakat dalam mencipta pantun,setiap Isnin dari pukul
5.00 hingga 6.00 petang
- Naho Hempak Hemo ?Tahukah Anda?Banyak yang kita tidak
tahu..banyak yang kita tidak ambil tahu..banyak yang perlu
kita tahu,bersama kami setiap Selasa pukul 5.00 hingga 6.00
petang
- Kenangan 60-an..irama yang tetap segar dan masih
segara,kenangan mengusik kalbu,setiap Rabu pukul 5.00 hingga
6.00petang.
- Rock @ Asyik..Gegarkan!!Panaskan petang anda,bersama
lagu-lagu irama rock..setiap khamis pukul 5.00 hingga 6.00
petang.
- Gradung Gradeng..dengarkan bakat-bakat anak muda kita
dalam bidang muzik dengan berjamming di ASYIKfm setiap
Jumaat pukul 5.00 hingga 6.00 petang
- Bollywood@Asyik.. Gemarkan lagu-lagu Hindi?
berkhayallah dengan lagu-lagu popular Hindi baharu dan
lama,setiap Sabtu pukul 3.30 -5.00 petang
- Variasi LLB??Wah..bersama koleksi lagu-lagu terbaharu
dialaf ini?Bersama kami setiap Sabtu
pukul 5.00-6.00petang
- Rakan Asyik.. Ingin menambah kenalan??Inilah masanya untuk
anda menambah ramai lagi rakan! sediakan pen dan
kertas..bersama kami,setiap Ahad pukul 3.30 petang hingga
5.00 petang.Penuhi petang minggu anda dengan ramai lagi
kenalan..
- Irama Etnik..Lain Dari Yang Lain..bersama koleksi
lagu-lagu irama Etnik tempatan dan antarabangsa,
setiap Ahad,5.00 hingga 6.00petang
d) SAMBIL KAKDIK SAMBIL BERPIHOI
- Asyiknya Dangdut..bergelek,bergoyang bersama kami setiap
Isnin,6.10petang hingga 7.00malam
- Balei Jenulak..Adat dan tradisi harus dikekal dan
dipelihara..bersama koleksi lagu-lagu sewang suku kaum Semai
Perak & Pahang setiap Selasa, 6.10petang hingga 7.00malam
- Lagu Tradisional..koleksi lagu-lagu tradisional yang
betul-betul ORI pasti akan menambat hati pendengar, setiap
Rabu 6.10 petang hingga 7.00 malam
- Roda Kehidupan..menyelami,merasai kisah suka duka,pahit
getir kehidupan masyarakat yang dikongsi bersama,setiap
Khamis 6.10 petang hingga 7.00malam
- Pantar Suntiq Relawet..Adat tradisi harus dikekalkan!irama
merdu dari rimba, sewang suku kaum Temiar Kelantan &
Perak,setiap Jumaat, 6.10 petang hingga 7.00 malam
- Heboh Sukan..Malaysia Cergas!!bersama info sukan terkini
dan sensasi setiap Sabtu 6.10 petang hingga 7.00 malam
- Bintang Asyik.. petikan siaran langsung dan rakaman
persembahan pentas dilokasi setiap Ahad,pukul 6.10 petang
hingga 7.00 malam
- 60 KMJ..Panduan penjagaan kenderaan dan keselamatan
pengguna di Jalan Raya,setiap Jumaat 7.00 hingga 8.00 malam
- Retro Asyik.. Koleksi lagu-lagu mengusik jiwa, mengimbau
kenangan lalu bersama pilihan terbaik Retro tempatan dan
antarabangsa 70an,80an dan 90an setiap hari pukul 7.00 -8.00
mlm
- Seleksi Asyik..menyiarkan lagu-lagu pilihan anda,
pendengar setiap malam,pukul 8.10 hingga 10.00 malam |